BE POSITIVE BUT STAY REALISTIC

Selamat Sejahtera,

Hari ini aku rasa nak menaip sikit, dah alang tak berapa nak sibuk awal pagi ni. “BE POSITIVE BUT STAY REALISTIC”. Aku suka ungkapan ni, ianya bermaksud kita mesti sentiasa berfikiran positif, tetapi dalam masa yang sama juga harus sentiasa berada di alam nyata. Positif itu memang bagus, tapi kena tahu di mana limit dan kemampuan sendiri. Kalau satu2 perkara tak mampu nak capai, jangan pula nak pikir positif je tapi usahanya takde, betul tak?😉 Dan kalau kita mampu, jadi positif dan rebutlah peluang yang ada.

Pengalaman aku sendiri, ketika memula diminta oleh mentor aku untuk buat bengkel berkaitan stokfoto tahun lepas, perkara pertama yang terlintas di kepala aku adalah “layak ke aku nak buat bengkel ni? Bukannya orang kenal pun, ada ke orang yang nak join?” Tapi bila mentor aku cakap…. “berapa banyak income yang demo dapat tu bukan hal utama, tapi ilmu yang demo ada pasal stokfoto tu untuk demo kongsi dengan orang lain, ada dah konfem akan join nanti dan ambo pun akan ikut serta bengkel tu nanti” Bila seorang mentor yang aku memang salute hasil karyanya berkata gitu, baru datang semangat positif dalam fikiran. Seorang sahabat yang sama2 dalam stokfoto yang aku juga respek dengan galeri stokfotonya pun ada berkata pada aku… “ko jangan peduli sangat apa orang nak cakap, kalau ada permintaan, maknanya diorang nak belajar dengan ko, teruskan je”.

Aku amik kata2 diorang sebagai peransang. Alhamdulillah, dah 2 bengkel dibuat atas permintaan kawan2, pertama di Dungun, Terengganu dan kedua di Shah Alam, Selangor. Selain bengkel, ada juga kenalan yang minta buat personal coaching di rumah. Apa yang paling seronok, bila ada dikalangan sahabat yang join bengkel dah lulus exam dalam “Shutterstock Agency”. Rasa puas tak terhingga bila dah nampak hasil pada mereka yang betul2 serius nak cebur diri dalam bidang stokfoto, tahniah aku ucapkan. Pada yang belum mula untuk amik exam tu, aku harap diorang akan cepat2 berusaha untuk submit secepat yang mungkin. Kalau tak dipecahkan ruyungnya, manakan dapat nak makan sagu tu.😀

Di kala nilai ringgit menjunam, GST kini mengetuk poket dan dompet, kiri kanan rasa terhimpit. Nak berkebun bercucuk tanam macam pak menteri cakap dan tentu mustahil, tanah pun takde. Jadi dengan menyibukkan diri dalam stokfoto lah cara aku “berkebun”. At least dapat tambah sikit pendapatan, lagipun dah minat dengan fotografi, cuma hobi di jadikan sumber pendapatan sampingan. Takde rasa tekanan, takde rasa bebanan, buat perkara yang aku minat dalam masa yang sama dapat tambah gaji sendiri. Pokok pangkalnya…. BE POSITIVE🙂

So… join me if you want, bercucuk tanam di alam maya. Anda buat, anda dapat.

KLIK SAJA DI SINI

P/S : Nak join stokfoto terutamanya Shutterstock, pun kena belajar aspek teknikal dan fahami selok beloknya, kalau main redah je jangan kecewa kalau exam asyik sangkut plak😉

Still Alive

Good news? coming soon? … maybe😉

Selamat Hari Raya Eidulfitri 1433H

Image

 

Salam Ukhuwah…

Alhamdulillah…syukur tak terhingga pada-Nya kerana hari ini aku masih diberikan nikmat untuk bernafas merasai hari kelahiran untuk yang ke 34. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Eidulfitri untuk seluruh muslimin & muslimat tak kira di mana saja anda semua berada. Pada yang mengenali diri ini, aku pohon kemaafan sekiranya ada kesilapan & kekhilafan yang tidak aku sedari dengan kalian semua…🙂

Faris Nur Daniel In Memory | 26 June 2006 – 23 Feb 2012

Salam kembali…

Belum pun 24 jam selepas aku ziarahi adik Faris semalam & baru hanya beberapa jam selepas aku memasukkan entry tentang kisah penderitaan adik Faris, seluruh kenalan keluarga Faris telah dikejutkan dengan berita pemergian Faris untuk selama-lamanya setelah berjuang melawan penyakitnya hampir 4 minggu. Allahyarham telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi di NICU Sime Darby Health Care, Subang Jaya.

Difahamkan jenazah telah dibawa pulang ke kediaman keluarga “abah” Shamrulismawi di Alam Budiman, Shah Alam sekitar jam 12.30pm sebentar tadi. Jenazah akan dikebumikan selepas solat Asar nanti.

Alamat kediaman “abah” Shamrulismawi :
No. 1 Jalan Pulau Lumut, U10/76J, Alam Budiman, Puncak Perdana Shah Alam

Salam takziah untuk “abah” Shamrulismawi sekeluarga … Al-Fatihah

Syurga sudah pasti menunggu Allahyarham Faris …

Gambar ihsan dari MAZIDUL AKMAL (https://www.facebook.com/profile.php?id=100003337797166)

HADITH OF THE DAY: BIRDS OF PARADISE
A man came to the Prophet Muhammad (peace be upon him) saying two of his children had died, and asked whether the Prophet could tell him anything that would soothe his heart. The Prophet said: “Small children are the birds of Paradise. If one of them meets his father (or his parents) he will take hold of his clothing…and he (the child) will not let go until God causes his father to enter Paradise.”
Sahih Muslim, Hadith 1212.

HADITH OF THE DAY: DEATH OF ONE’S CHILD
Narrated Usama (ra):
Once while I was with the Prophet (saw) and Sa’d, Ubai bin Ka’b and Mu’adh were also sitting with him, there came to him a messenger from one of his daughters, telling him that her child was on the verge of death. The Prophet (saw) told the messenger to tell her, “It is for Allah what He takes, and it is for Allah what He gives, and everything has its fixed time (limit). So be patient and look for Allah’s reward.”
Sahih Bukhari Volume 8, Book 77, Number 599

Faris Perlukan Bantuan Kita

Salam Sejahtera Para Pengunjung sekalian….

Aku terpanggil untuk memasukkan entry ini di blog setelah berkesempatan menziarahi Faris Nur Daniel bin Shamrulismawi (6 tahun) di Sime Darby Healthcare (SJMC) petang semalam. Sebelum ini aku memang mengenali bapa Faris kerana meminati hobi yang sama iaitu fotografi. Melihat Faris yang  terlantar di NICU dengan hose & wayar berselirat di merata tubuh kecilnya pasti akan menyentuh perasaan sesiapa sahaja. Mungkin ada dikalangan kalian ada terbaca berkaitan kisah Faris di Facebook, Twitter, Blog ataupun menerimanya melalui emel kalian.

Ini bukanla rekaan ataupun scam, ianya benar2 berlaku & Faris sedang bertarung nyawa melawan penyakitnya yang sangat serius … “Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH… ringkasnya, barah darah. Pada minggu lepas, kos rawatannya telah melebihi RM75,000 ribu, di mana insuran dari bapa Faris (Shamrulismawi) hanya mampu kaver sebanyak Rm25,000 dan ibunya (Zuraini Mohamad) RM10,000. Jadi minggu lepas sahaja mereka memerlukan RM30,000 untuk bil perubatan Faris & jumlah semakin bertambah hari ke hari sehinggalah aku menulis di sini.

Aku bersama 2 orang lagi sahabat ketika di sana petang semalam tak mampu nak berkata apa melihat keadaan Faris, kami meluangkan masa membasa surah Yassin untuk Faris & berdoa agar Faris kembali sembuh seperti sediakala, sebelum pulang kami cuba mengejutkan Faris ,tapi tiada respon darinya… mungkin kesan dari ubat yang diambil. Ketika keluar dari pintu NICU, datang sepasang suami isteri menghampiri bapa Faris, rupanya mereka mencari Faris setelah terbaca kisah Faris di internet. Jikalau kalian tidak mampu untuk melawat & bertemu sendiri Faris & keluarganya tetapi terasa ingin melakukan sumbangan untuk meringankan beban kewangan ibubapa Faris, kalian boleh la terus memasukkan sumbangan kalian di akaun bank yang tertera di bawah. Walaupun nilai sumbangan tak sebesar mana pun, pasti ianya sangat bermakna untuk Faris, dan paling pasti… Tuhan akan memberikan kalian ganjarannya kelak… insyaAllah. Marilah bersama kita doakan yang terbaik untuk Faris & keluarganya…Amin Ya Robbal Alamin.

MAYBANK :

SHAMRULISMAWI BIN ISMAIL

Akaun 1 : 1628 5200 2738

Akaun 2 : 1140 1115 2218

Faris sebelum ini….

Faris setelah dimasukkan ke NICU Sime Darby Healthcare (SJMC) Subang Jaya…

Faris ketika aku ziarahi petang semalam (22-02-2012)

Surat rasmi dari Doktor Chan Lee Lee mengesahkan penyakit Faris (sedikit kesilapan pada tarikh surat, sepatutnya Februari 2012, harap maklum)

 

Salam Maulidurrasul 1433H

Salam Maulidurrasul 1433H & selamat menempuh tahun 2012 untuk para pengunjung sekalian. Semoga tahun ini akan dikurniakan lebih kelapangan untuk mengemaskinikan blog ini sekerap mungkin. Terima kasih di atas sokongan anda semua.

Malaysia (2) vs Pakistan (0)

Salam sejahtera & tahniah pada pasukan Harimau Muda (Skuad U-23) Malaysia yang berjaya menewaskan pasukan Pakistan dalam perlawanan pra-kelayakan Olimpik London 2012. Semoga perlawanan kedua yang bakal berlangsung di Pakistan nanti juga akan dimenangi oleh pasukan kita, insyaAllah.

Cerita pasal perlawanan ni, aku dapat peluang shoot game ni secara dekat setelah mendapat pass media yang di”apply” oleh mentor aku, dia tak dapat datang shoot last minit, jadi mentor bagi peluang pada aku untuk menggunakan lens yang sepatutnya dia gunakan, iaitu lens yang tak mampu aku nak beli, Nikkor 200-400mm F4. Disebabkan nak guna lens ni,  maka tepaksalah aku membeli sebuah monopod baru semata-mata untuk digandingkan bersama lens yang besar nala & berat itu, monopod cap ayam yang lama tak mampu nak tampung, risau aku takut patah, tak pasal2 rosak lens kang mampoih nak cari RM20k !!! pehhhh… sama rega keta 2nd-hand Peugeot 406 1997 yang aku pakai… huhuhu. So kita layan gambar yang mana ada🙂

Nikon D90 | Tamron 17-50mm f2.8 | Nikkor 200-400mm f4 | Manfrotto monopod

Gambar2 selebihnya sepanjang perlawanan boleh dilihat di FLICKR macam biasa🙂 Go Malaysia GO !!!

Kuala Sepetang, Perak

Pada bulan Januari yang lalu, aku bersama 7 sahabat fotografi berpeluang mengunjungi kilang pembuatan arang kayu bakau yang femes di Malaysia yang terletak di Kuala Sepetang, Perak . Kuala Sepetang dulunya dikenali dengan nama Port Weld yang jaraknya lebih kurang 15km dari bandar Taiping.

Jarak dari Kuala Lumpur sekitar 280km di mana mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah untuk tiba di lokasi melalui leburaya PLUS. Untuk makluman arang yang dihasilkan di sini mendapat permintaan dari serata dunia & di antara yang terbesar adalah dari Jepun. Arang dihasilkan daripada kayu bakau yang bermutu di bawah pemantauan Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

Berikut adalah antara foto-foto yang dirakamkan di sana.

Seorang pekerja sedang tekun mengasingkan sisa-sisa arang dalam saiz yang tertentu yang kemudiannya di jual pada pengusaha kuih tradisional, syarikat farmasi & juga pekebun nenas.

Seorang pekerja sedang membelah kayu bakau sebelum di bakar untuk dijadikan arang.

Rupa bentuk “dapur” pembakaran arang yang berbentuk igloo

Proses membuang kulit kayu bakau

Mengeluarkan kayu bakau yang telah siap dibakar menjadi arang

Proses memindahkan arang ke atas lori untuk dibawa ke tempat pembungkusan

Sekitar kawasan pembungkusan yang kebanyakannya dilakukan oleh pekerja wanita muda & tua

Koleksi gambar di sekitar kilang arang Kuala Sepetang boleh dilihat di SINI

Welcome 2011 … Sayonara 2010

Salam kembali… salam 2011,

Sedar tak sedar dah masuk tahun baru, tahun 2011, nampaknya dah agak lama tak updet blog aku nih, huhuhu. Apapun masih belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru kepada korang semua.

Sedikit kenangan daripada tahun 2010 untuk dikongsikan, foto-foto landskap yang sempat dirakamkan sebelum 2010 melabuhkan tirainya =)

Sekitar pemandangan sunset di Pantai Kelanang, Banting Selangor

Sekitar Putrajaya, WP

Gambar-gambar lanskap yang lain boleh di lihat di flickr. Boleh klik ajer kat SINI

RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H

Salam Ramadhan,

Bersempena bulan Ramadhan bulan yang mulia ini, aku ucapkan selamat menyambut, mengharungi & menghayati Ramadhan Al-Mubarak. Selain daripada menahan lapar, dahaga serta godaan & cabaran duniawi, marilah kita bersama-sama meningkatkan amal ibadat selagi hayat dikandung badan.

Time bershopping juadah nak buka posa tu biarlah berpada-pada, janganlah sampai membazir sebab terlampau banyak beli sampai tak larat nak abihkan. Pastu time shopping persiapan raya tu janganlah sampai berhutang kaw-kaw sebab nak langsir baru, TV baru, sofa baru hatta sampai lah ke kereta baru. Kalau barang2 tu masih elok, kan ke bagus pakai jek untuk berapa kali raya pun kan? ape salahnya… lain lah kalau dah rosak, tak gitu? Kalau dah duit berlebih-lebih tu elok gak bagi zakat & derma pada orang2 yang lebih susah… sebagai peringatan kepada diri sendiri gak sebenarnya🙂 (tapi duit asyik kurang jek, lebih nye tak.. hehehehe)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,154 other followers