Bukit Tabur 2009

Alhamdulillah…. selesai sudah satu episod “agak-agak” ngeri untuk aku pada hari Sabtu 14hb Feb yang lepas. Aku bersama 17 lagi pemuda pemudi yang kebanyakan dari JKR (Pejabat Maju Junction) telah menawan puncak Bukit Tabur, Ulu Klang (puncak ke-2 tertinggi Bukit Tabur … diorang katalaaa) eheh. Selepas buat warm-up & bacaan doa selamat, kami di lead oleh navigator seramai 4 orang mula bergerak naik ke atas lebih kurang jam 8.15 pagi. Dan sampai di puncak lebih kurang 2 jam setengah kemudian dengan beberapa pitstop untuk amik gambar panorama yang indah yang agak spoil sket sebab langit yang agak berjerubu serta sebab kepenatan…hehehe

Mandangkan berat dalam muatan aku skarang yang hampir 75kg, bukan keja mudah gak untuk aku bersama beg camera dibelakang (yang juga berisi ayag mineral sebotol, roti tertinggal dalam keta…ampehnyaaa) nak panjat cerun-cerun Bukit Tabur yang kebanyakan curam hingga hampir 80 darjah. Baru suku perjalanan rasa cam nak patah balik, tapi disebabkan pemudi yang ada takde yang nak give-up tepaksa jugakla aku menten konon-konon bersemangat kental… hahahhaha (damneddd dude !!!) 😀 (last aku join adventure cam ni masa tahun 1995 weh, masa tu berat dalam muatan baru 55kg) kekekke….

Lebih kurang jam 11.30 pagi kami semua bertolak turun yang bagi aku sama susahnya macam nak naik, dahla air sebotol dah abih, takde xtra spare. Sibbaik Firdhaus ada sket baki air untuk seteguk setelah 2/3 perjalanan turun ke bawah. Sampai je kat bawah, tanpa buang masa… terus terjun di jeram yang sangatlah nyaman (rasa macam nak minum ja ayag jeram tu, tapi mandangkan ramai yang mandi.. ilang selera) 😛

Apa yang bleh aku katakan, satu pengalaman yang best dalam masa sama agak menakutkan disebabkan keadaan jurang2 yang tinggi di sepanjang pendakian di mana jika cuai atau tersalah langkah boleh mengundang bencana (memang ada kes pendaki terjatuh hingga meragut nyawa pun kat sini). So apa yang bleh aku nasihatkan, kepada yang ingin mendaki, pastikan badan sihat tanpa penyakit kritikal serta mental yang bersiap sedia untuk menerima cabaran seperti calar balar, gayat, dihurung semut, dihurung nyamuk, semput, sengal, letih hatta seluar terkoyak di celah kelangkang sekalipun (bukan aku aaa, tapi adalaaaa…kehkekehkeh). Yang pastinya sentiasa berhati-hati pada setiap dakian & langkah, bergurau senda jangan sampai terlebih limit, malang tidak berbau macam kentot korang… itu sudah pasti, eheh. Terima kasih diucapkan pada Firdhaus & the geng yang sudi jemput aku join xpdc panjat bukit nih, kalau ajak naik lagi konfem tak ikut dah… hehehehe.




















About mozakim

Happy Go Lucky !

Posted on 19 February, 2009, in Leisure / Outing. Bookmark the permalink. 7 Comments.

  1. ki … awek tu nama sapa Ki?

  2. Err.. aku pun tatau la sang, yang tu kena tanya geng2 JKR la kot.. eheheee, aku snap je pe ya patut di snap 😛

  3. ya zaki… thanks kerna sudi mengjoint xpdc kami… kedatangan anda menyemarakkan semangat dan mencetus kekentalan… hehe nice pics…

  4. Jom panjat Bukit Broga weh.. bebudak FMDC dah gila ke sana plak.. yang ni konfem tak semput.. hehehe

  5. lawa gambar yang awak amik ki….sy ni berminat jugak dengan kamera ni…cuma ilmunya x ada

  6. haaaaaaaaaaaaaaa

    ni yg semangat ambik gambaq nie.. ada aweksss..

    zaki oo zaki..

    mcm mana leh dpt lesen niee..

    hehehehe..

    😛

  7. Err lesen? dah lama apply & lulus… tak yah renew sampai bila2 bro… heheheh

Leave a comment