Kuala Sepetang, Perak
Pada bulan Januari yang lalu, aku bersama 7 sahabat fotografi berpeluang mengunjungi kilang pembuatan arang kayu bakau yang femes di Malaysia yang terletak di Kuala Sepetang, Perak . Kuala Sepetang dulunya dikenali dengan nama Port Weld yang jaraknya lebih kurang 15km dari bandar Taiping.
Jarak dari Kuala Lumpur sekitar 280km di mana mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah untuk tiba di lokasi melalui leburaya PLUS. Untuk makluman arang yang dihasilkan di sini mendapat permintaan dari serata dunia & di antara yang terbesar adalah dari Jepun. Arang dihasilkan daripada kayu bakau yang bermutu di bawah pemantauan Jabatan Perhutanan Negeri Perak.
Berikut adalah antara foto-foto yang dirakamkan di sana.
Seorang pekerja sedang tekun mengasingkan sisa-sisa arang dalam saiz yang tertentu yang kemudiannya di jual pada pengusaha kuih tradisional, syarikat farmasi & juga pekebun nenas.
Seorang pekerja sedang membelah kayu bakau sebelum di bakar untuk dijadikan arang.
Rupa bentuk “dapur” pembakaran arang yang berbentuk igloo
Proses membuang kulit kayu bakau
Mengeluarkan kayu bakau yang telah siap dibakar menjadi arang
Proses memindahkan arang ke atas lori untuk dibawa ke tempat pembungkusan
Sekitar kawasan pembungkusan yang kebanyakannya dilakukan oleh pekerja wanita muda & tua
Koleksi gambar di sekitar kilang arang Kuala Sepetang boleh dilihat di SINI
Posted on 4 February, 2011, in Leisure / Outing. Bookmark the permalink. 7 Comments.
sayu rasanya bila tengok gamabr ni…..betapa tabah dengan kudrat yg mereka ada….
perghh asap² with available light tu .. nice!
TQ & thanks gak pada cik beskal kerana sudi melawat blog teman yang tak seberapa nim 🙂
tu la pasal atie… kita ni kena banyak bersyukur.. asyik2 merungut je kan? ishh2… insaf2
assalamualaıkum….saya nk dpt stu pnerangan ….jka seorg dr turky nk blı kayu arang drı syrıkat kmu….mcm na cra nk berhubung dngn kmu dngn jln yg cpt?
Maaf saya cuma mengambil gambar di kilang ini, bukan pemilik kilang, harap maklum
Sent by BlackBerry®
cantik sangat available light…teringin gak nak shoot dalam kilang arang kat Batu Pahat, tapi belu berkesempatan lagi….;-)