Faris Perlukan Bantuan Kita

Salam Sejahtera Para Pengunjung sekalian….

Aku terpanggil untuk memasukkan entry ini di blog setelah berkesempatan menziarahi Faris Nur Daniel bin Shamrulismawi (6 tahun) di Sime Darby Healthcare (SJMC) petang semalam. Sebelum ini aku memang mengenali bapa Faris kerana meminati hobi yang sama iaitu fotografi. Melihat Faris yang  terlantar di NICU dengan hose & wayar berselirat di merata tubuh kecilnya pasti akan menyentuh perasaan sesiapa sahaja. Mungkin ada dikalangan kalian ada terbaca berkaitan kisah Faris di Facebook, Twitter, Blog ataupun menerimanya melalui emel kalian.

Ini bukanla rekaan ataupun scam, ianya benar2 berlaku & Faris sedang bertarung nyawa melawan penyakitnya yang sangat serius … “Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH… ringkasnya, barah darah. Pada minggu lepas, kos rawatannya telah melebihi RM75,000 ribu, di mana insuran dari bapa Faris (Shamrulismawi) hanya mampu kaver sebanyak Rm25,000 dan ibunya (Zuraini Mohamad) RM10,000. Jadi minggu lepas sahaja mereka memerlukan RM30,000 untuk bil perubatan Faris & jumlah semakin bertambah hari ke hari sehinggalah aku menulis di sini.

Aku bersama 2 orang lagi sahabat ketika di sana petang semalam tak mampu nak berkata apa melihat keadaan Faris, kami meluangkan masa membasa surah Yassin untuk Faris & berdoa agar Faris kembali sembuh seperti sediakala, sebelum pulang kami cuba mengejutkan Faris ,tapi tiada respon darinya… mungkin kesan dari ubat yang diambil. Ketika keluar dari pintu NICU, datang sepasang suami isteri menghampiri bapa Faris, rupanya mereka mencari Faris setelah terbaca kisah Faris di internet. Jikalau kalian tidak mampu untuk melawat & bertemu sendiri Faris & keluarganya tetapi terasa ingin melakukan sumbangan untuk meringankan beban kewangan ibubapa Faris, kalian boleh la terus memasukkan sumbangan kalian di akaun bank yang tertera di bawah. Walaupun nilai sumbangan tak sebesar mana pun, pasti ianya sangat bermakna untuk Faris, dan paling pasti… Tuhan akan memberikan kalian ganjarannya kelak… insyaAllah. Marilah bersama kita doakan yang terbaik untuk Faris & keluarganya…Amin Ya Robbal Alamin.

MAYBANK :

SHAMRULISMAWI BIN ISMAIL

Akaun 1 : 1628 5200 2738

Akaun 2 : 1140 1115 2218

Faris sebelum ini….

Faris setelah dimasukkan ke NICU Sime Darby Healthcare (SJMC) Subang Jaya…

Faris ketika aku ziarahi petang semalam (22-02-2012)

Surat rasmi dari Doktor Chan Lee Lee mengesahkan penyakit Faris (sedikit kesilapan pada tarikh surat, sepatutnya Februari 2012, harap maklum)

 

Advertisements

About mozakim

Happy Go Lucky !

Posted on 23 February, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: