Category Archives: All About Scapes

Salam Maulidurrasul 1433H

Salam Maulidurrasul 1433H & selamat menempuh tahun 2012 untuk para pengunjung sekalian. Semoga tahun ini akan dikurniakan lebih kelapangan untuk mengemaskinikan blog ini sekerap mungkin. Terima kasih di atas sokongan anda semua.

Welcome 2011 … Sayonara 2010

Salam kembali… salam 2011,

Sedar tak sedar dah masuk tahun baru, tahun 2011, nampaknya dah agak lama tak updet blog aku nih, huhuhu. Apapun masih belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru kepada korang semua.

Sedikit kenangan daripada tahun 2010 untuk dikongsikan, foto-foto landskap yang sempat dirakamkan sebelum 2010 melabuhkan tirainya =)

Sekitar pemandangan sunset di Pantai Kelanang, Banting Selangor

Sekitar Putrajaya, WP

Gambar-gambar lanskap yang lain boleh di lihat di flickr. Boleh klik ajer kat SINI

RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H

Salam Ramadhan,

Bersempena bulan Ramadhan bulan yang mulia ini, aku ucapkan selamat menyambut, mengharungi & menghayati Ramadhan Al-Mubarak. Selain daripada menahan lapar, dahaga serta godaan & cabaran duniawi, marilah kita bersama-sama meningkatkan amal ibadat selagi hayat dikandung badan.

Time bershopping juadah nak buka posa tu biarlah berpada-pada, janganlah sampai membazir sebab terlampau banyak beli sampai tak larat nak abihkan. Pastu time shopping persiapan raya tu janganlah sampai berhutang kaw-kaw sebab nak langsir baru, TV baru, sofa baru hatta sampai lah ke kereta baru. Kalau barang2 tu masih elok, kan ke bagus pakai jek untuk berapa kali raya pun kan? ape salahnya… lain lah kalau dah rosak, tak gitu? Kalau dah duit berlebih-lebih tu elok gak bagi zakat & derma pada orang2 yang lebih susah… sebagai peringatan kepada diri sendiri gak sebenarnya 🙂 (tapi duit asyik kurang jek, lebih nye tak.. hehehehe)