Category Archives: Leisure / Outing

Malaysia (2) vs Pakistan (0)

Salam sejahtera & tahniah pada pasukan Harimau Muda (Skuad U-23) Malaysia yang berjaya menewaskan pasukan Pakistan dalam perlawanan pra-kelayakan Olimpik London 2012. Semoga perlawanan kedua yang bakal berlangsung di Pakistan nanti juga akan dimenangi oleh pasukan kita, insyaAllah.

Cerita pasal perlawanan ni, aku dapat peluang shoot game ni secara dekat setelah mendapat pass media yang di”apply” oleh mentor aku, dia tak dapat datang shoot last minit, jadi mentor bagi peluang pada aku untuk menggunakan lens yang sepatutnya dia gunakan, iaitu lens yang tak mampu aku nak beli, Nikkor 200-400mm F4. Disebabkan nak guna lens ni,  maka tepaksalah aku membeli sebuah monopod baru semata-mata untuk digandingkan bersama lens yang besar nala & berat itu, monopod cap ayam yang lama tak mampu nak tampung, risau aku takut patah, tak pasal2 rosak lens kang mampoih nak cari RM20k !!! pehhhh… sama rega keta 2nd-hand Peugeot 406 1997 yang aku pakai… huhuhu. So kita layan gambar yang mana ada 🙂

Nikon D90 | Tamron 17-50mm f2.8 | Nikkor 200-400mm f4 | Manfrotto monopod

Gambar2 selebihnya sepanjang perlawanan boleh dilihat di FLICKR macam biasa 🙂 Go Malaysia GO !!!

Advertisements

Kuala Sepetang, Perak

Pada bulan Januari yang lalu, aku bersama 7 sahabat fotografi berpeluang mengunjungi kilang pembuatan arang kayu bakau yang femes di Malaysia yang terletak di Kuala Sepetang, Perak . Kuala Sepetang dulunya dikenali dengan nama Port Weld yang jaraknya lebih kurang 15km dari bandar Taiping.

Jarak dari Kuala Lumpur sekitar 280km di mana mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah untuk tiba di lokasi melalui leburaya PLUS. Untuk makluman arang yang dihasilkan di sini mendapat permintaan dari serata dunia & di antara yang terbesar adalah dari Jepun. Arang dihasilkan daripada kayu bakau yang bermutu di bawah pemantauan Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

Berikut adalah antara foto-foto yang dirakamkan di sana.

Seorang pekerja sedang tekun mengasingkan sisa-sisa arang dalam saiz yang tertentu yang kemudiannya di jual pada pengusaha kuih tradisional, syarikat farmasi & juga pekebun nenas.

Seorang pekerja sedang membelah kayu bakau sebelum di bakar untuk dijadikan arang.

Rupa bentuk “dapur” pembakaran arang yang berbentuk igloo

Proses membuang kulit kayu bakau

Mengeluarkan kayu bakau yang telah siap dibakar menjadi arang

Proses memindahkan arang ke atas lori untuk dibawa ke tempat pembungkusan

Sekitar kawasan pembungkusan yang kebanyakannya dilakukan oleh pekerja wanita muda & tua

Koleksi gambar di sekitar kilang arang Kuala Sepetang boleh dilihat di SINI

Welcome 2011 … Sayonara 2010

Salam kembali… salam 2011,

Sedar tak sedar dah masuk tahun baru, tahun 2011, nampaknya dah agak lama tak updet blog aku nih, huhuhu. Apapun masih belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru kepada korang semua.

Sedikit kenangan daripada tahun 2010 untuk dikongsikan, foto-foto landskap yang sempat dirakamkan sebelum 2010 melabuhkan tirainya =)

Sekitar pemandangan sunset di Pantai Kelanang, Banting Selangor

Sekitar Putrajaya, WP

Gambar-gambar lanskap yang lain boleh di lihat di flickr. Boleh klik ajer kat SINI

RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H

Salam Ramadhan,

Bersempena bulan Ramadhan bulan yang mulia ini, aku ucapkan selamat menyambut, mengharungi & menghayati Ramadhan Al-Mubarak. Selain daripada menahan lapar, dahaga serta godaan & cabaran duniawi, marilah kita bersama-sama meningkatkan amal ibadat selagi hayat dikandung badan.

Time bershopping juadah nak buka posa tu biarlah berpada-pada, janganlah sampai membazir sebab terlampau banyak beli sampai tak larat nak abihkan. Pastu time shopping persiapan raya tu janganlah sampai berhutang kaw-kaw sebab nak langsir baru, TV baru, sofa baru hatta sampai lah ke kereta baru. Kalau barang2 tu masih elok, kan ke bagus pakai jek untuk berapa kali raya pun kan? ape salahnya… lain lah kalau dah rosak, tak gitu? Kalau dah duit berlebih-lebih tu elok gak bagi zakat & derma pada orang2 yang lebih susah… sebagai peringatan kepada diri sendiri gak sebenarnya 🙂 (tapi duit asyik kurang jek, lebih nye tak.. hehehehe)

BOLASEPAK | TM LIGA PERDANA 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak ….

TM Liga Perdana 2010 [Felda FC vs ATM]

Berpeluang tag along bersama sahabat lama dari Perlis ke perlawanan TM Liga Perdana 2010 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras bulan lepas. Seronok sebab dapat berkongsi pengalaman bersama jurufoto akhbar Malaysia yang lain buat liputan. Walaupun perlawanan liga tempatan yang tak sehebat liga inggeris, pengalaman dapat snap gambar dari tepi garisan padang memang mengujakan. Memang sukar rupanya untuk shoot sport pantas ni, focusing kena laju, mata kena sentiasa alert dengan aksi2 yang menarik, leka skit je bleh terlepas moment2 yang best, Cuma bestnya tak yah pakai flash cam wedding, kekekkee.

Felda FC telahpun dinobatkan sebagai Juara Liga Perdana 2010, jadi perlawanan tersebut boleh dikatakan hanyalah sebagai pelengkap jadual. Team Felda FC akan bertanding dalam Liga Super pada musim depan, tahniah di atas kejuaraan, hadiah pun agak lumayan, RM200,000.00.

Berikut ada beberapa shots dari game tersebut, berbekalkan body D90 yang berkelajuan 4.5fps pada highspeed burst setting & bertemankan Nikkor 70-200mm f2.8 VR, ikhsan dari sahabat, Hafizudin aka Harummanis. Setting boost ISO3200, shutter sekitar 1/400-1/600 pada f2.8 aperture. Hasil panduan daripada Din,berikut adalah sedikit buah tangan untuk dikongsikan. Maaf jika masih banyak kekurangan untuk 1st-timer … Semua gambar dicrop & color corrected dengan software lightroom.

LAGI KOLEKSI GAMBAR DI SINI

EDISI SLOW SHUTTER

Selamat bertemu kembali …

Belom sampai entry wedding untuk lagi, kali ni cuma nak berkongsi koleksi gambar2 slow shutter yang ada dalam simpanan, ada yang lama & yang baru shoot 2..3 bulan lepas. (Nampak sangat slow updet blog, hehehhe) …

1st pic, feveret dalam koleksi gambar slow shutter. Gambar “human trail” yang dirakamkan dari atas parking lot Kompleks Campbell ketika bulan ramadan 3 tahun yang lalu

Info : ISO100 | F22 | 18secs | 55mm

2nd pic, Pertandingan Bunga Api di Putrajaya, persembahan dari team Malaysia

Info : ISO200 | F22 | 14.5secs | @50mm

3rd pic, jeram di sungai Congkak, Hulu Langat Selangor

Info : ISO100 | F32 | 10secs | @22mm

4th pic, light trails dari jejantas pejalan kaki yang melintasi Lebuhraya Damansara-Puchong

Info : ISO100 | F22 | 15secs | @35mm

5th pic, light trails dirakamkan dari dalam kereta

Info : ISO100 | F22 | 21.3secs | @17mm

Lagi koleksi gambar2 slow shutter di SINI

Aku Gila Kereta #1

Masa budak2 dulu gila basikal (kat kampung aku orang sebut “gerek”) … dah masuk menengah gila moto , dah bekerjaya gila kereta la pulak …. sibbaik tak gila kepala lori, kalau tak camno la aku nak beli… nak parking pun makan space… 😛

Lama tak update, so pasal kereta la plak, tapi bukan kereta aku, tapi membe yang punya. Kawan2 panggil dia Said Nismo .. takpun Said A32, hehhee. Kitorang shoot ni kat padang depan MOF di Putrajaya. Sampai kat lokasi pagi2 buto lepas Suboh, memang penuh dedikasi. Kitorang ni tak reti sangat bab2 shoot pakai banyak lighting, so kami minta bantuan orang yang berpengalaman untuk guide pasal setup equipment, iaitu bro Aminorazmi.
Dipendekkan cerita, maka hasilnya…. Nissan Cefiro A32 Autech Spec….layankan ajer

Nissan Cefiro A32 Autech

Next entry…. skit hari lagi… 🙂

Matahari Terbit aka Sunrise @ Cherating

Alhamdulillah, setelah sekian lama pegang dSLR, buat julung kalinya dapat gak aku amik gambar sunrise yang betul2 memuaskan hati aku (sebenarnya tak penah dapat peluang pun sebelum ni) .. heheheh. 7,8 & 9 Mac lepas aku join Kelab Permotoran Nissan Malaysia (Nismoclub Malaysia) punya Famili Day kat Sanctuary Resort Cherating, Pahang. Memang meriah giler event kali nih.. tapi untuk aku & 2 orang lagi kaki kamera dalam Nismoclub… ini merupakan peluang yang ditunggu sekian lama. Pada hari kedua, ketika ramai membe2 lain dok tidor lena lagi ( ada 201 orang dewasa & berbelas kanak2 dalam Famili Day kali ni) …. selesai ja solat Subuh, aku dengan 3 orang lagi rakan dah bergerak menuju ke pantai sebelah resort dalam kepekatan pagi yang hening…

Hari tu memang perfect, langit cerah.. takde langsung tanda2 hari akan hujan. Memang cun la gitu… tanpa buang masa terus pacak tripod dan tunggu moment dengan berdedar-debar (cehhh.. macamla nak akad nikah pun) .. heheheh. Akhirnya.. setalah lebih kurang sejam (6.30-7.30 pagi) …. misi telah berjaya. Enjoyce… 😀

Fajar mula menyinsing di ufuk timur

Dan grup photo ini dishoot oleh salah sorang geng kami….sedara Sang @ Norhisham. Laman blog dia kat sini www.norhisham.com

Dari kiri : sang | mozakim | mrDG | azren – ni kami baru kenal time shoot sunrise tu,dia dari grup lain..hehehhe

Bukit Tabur 2009

Alhamdulillah…. selesai sudah satu episod “agak-agak” ngeri untuk aku pada hari Sabtu 14hb Feb yang lepas. Aku bersama 17 lagi pemuda pemudi yang kebanyakan dari JKR (Pejabat Maju Junction) telah menawan puncak Bukit Tabur, Ulu Klang (puncak ke-2 tertinggi Bukit Tabur … diorang katalaaa) eheh. Selepas buat warm-up & bacaan doa selamat, kami di lead oleh navigator seramai 4 orang mula bergerak naik ke atas lebih kurang jam 8.15 pagi. Dan sampai di puncak lebih kurang 2 jam setengah kemudian dengan beberapa pitstop untuk amik gambar panorama yang indah yang agak spoil sket sebab langit yang agak berjerubu serta sebab kepenatan…hehehe

Mandangkan berat dalam muatan aku skarang yang hampir 75kg, bukan keja mudah gak untuk aku bersama beg camera dibelakang (yang juga berisi ayag mineral sebotol, roti tertinggal dalam keta…ampehnyaaa) nak panjat cerun-cerun Bukit Tabur yang kebanyakan curam hingga hampir 80 darjah. Baru suku perjalanan rasa cam nak patah balik, tapi disebabkan pemudi yang ada takde yang nak give-up tepaksa jugakla aku menten konon-konon bersemangat kental… hahahhaha (damneddd dude !!!) 😀 (last aku join adventure cam ni masa tahun 1995 weh, masa tu berat dalam muatan baru 55kg) kekekke….

Lebih kurang jam 11.30 pagi kami semua bertolak turun yang bagi aku sama susahnya macam nak naik, dahla air sebotol dah abih, takde xtra spare. Sibbaik Firdhaus ada sket baki air untuk seteguk setelah 2/3 perjalanan turun ke bawah. Sampai je kat bawah, tanpa buang masa… terus terjun di jeram yang sangatlah nyaman (rasa macam nak minum ja ayag jeram tu, tapi mandangkan ramai yang mandi.. ilang selera) 😛

Apa yang bleh aku katakan, satu pengalaman yang best dalam masa sama agak menakutkan disebabkan keadaan jurang2 yang tinggi di sepanjang pendakian di mana jika cuai atau tersalah langkah boleh mengundang bencana (memang ada kes pendaki terjatuh hingga meragut nyawa pun kat sini). So apa yang bleh aku nasihatkan, kepada yang ingin mendaki, pastikan badan sihat tanpa penyakit kritikal serta mental yang bersiap sedia untuk menerima cabaran seperti calar balar, gayat, dihurung semut, dihurung nyamuk, semput, sengal, letih hatta seluar terkoyak di celah kelangkang sekalipun (bukan aku aaa, tapi adalaaaa…kehkekehkeh). Yang pastinya sentiasa berhati-hati pada setiap dakian & langkah, bergurau senda jangan sampai terlebih limit, malang tidak berbau macam kentot korang… itu sudah pasti, eheh. Terima kasih diucapkan pada Firdhaus & the geng yang sudi jemput aku join xpdc panjat bukit nih, kalau ajak naik lagi konfem tak ikut dah… hehehehe.




















Aku balik kampung

Kali terakhir balik kampung masa Hari Raya Korban yang lepas. Bebaru ni amik peluang balik plak masa Chinese New Year. Tapi kali ni ubah selera sikit, kalau tiap2 kali balik asyik drive jek, so aku dah siap book tiket Air Asia sebulan awal, tapi nak kata awal tak la sangat sebab tiket pun dah lebih RM350 untuk 2-way. Hantam sajala, janji tak penat drive 6-8 jam atas hiway, baru nak lelap dah sampai airport Alor Setar, legaaaaa 😀 Sampai je “mem” dah tunggu kat sana, terus drive balik ke Kangar, singgah market, pekena Nasi “Ganja” la, apa lagik.. makanan wajib aku kalau balik Perlis, yaa betul tu, kampung aku kat Perlis. Nun jauh kat ujung peta Malaysia, kalau telajak lambat tekan brek dah masuk sempadan Thailand.. heheheh

Balik untuk trip ni dah standby dengan kamera aku yang satu itu (D80 jek, tu pun beli 2nd-hand…hhehehe). Dok plan nak amik gambar macam2 bila dah balik kampung, tapi tak banyak mana pun shoot, ada la sket. Yang pertama skali, shoot gambar umah parents kat kampung lah, ntah bila punya tahun kali terakhir aku amik gambar umah ni pun tatau la… maybe last time adik aku kawin la kot (tahun bila pun dah lupa :P)

1 angle jek … eheh
Umah parents di kampung

Besoknya ronda-ronda sambil usong kamera, sekali tengok langit ray cantik la pulak, fuhhh tak sesia bawak kamera. Stop sat kat Masjid Repoh, snap 3..4 shot, pastu stop sebelah Sek.Men.Sains Tuanku Syed Putra plak, snap lagi 2..3 pam.

Masjid Repoh, Kangar Perlis.
Ray @ Masjid Repoh

Jalan Padang Behor, Kangar Perlis.
Padang Behor

Yahuu, dapat gak updet blog aku nih. Lepas ni bleh tutup terus akaun kat fotopages.com … say no to jews…err takat mana yang mampu elak, kita elakkan lah yer. Semoga rakyat Palestin di Gaza akan dilindungi oleh Allah SWT, aminnnnn. Nanti sambung entry lain pulak….