Category Archives: Sports / Motorsports

Malaysia (2) vs Pakistan (0)

Salam sejahtera & tahniah pada pasukan Harimau Muda (Skuad U-23) Malaysia yang berjaya menewaskan pasukan Pakistan dalam perlawanan pra-kelayakan Olimpik London 2012. Semoga perlawanan kedua yang bakal berlangsung di Pakistan nanti juga akan dimenangi oleh pasukan kita, insyaAllah.

Cerita pasal perlawanan ni, aku dapat peluang shoot game ni secara dekat setelah mendapat pass media yang di”apply” oleh mentor aku, dia tak dapat datang shoot last minit, jadi mentor bagi peluang pada aku untuk menggunakan lens yang sepatutnya dia gunakan, iaitu lens yang tak mampu aku nak beli, Nikkor 200-400mm F4. Disebabkan nak guna lens ni,  maka tepaksalah aku membeli sebuah monopod baru semata-mata untuk digandingkan bersama lens yang besar nala & berat itu, monopod cap ayam yang lama tak mampu nak tampung, risau aku takut patah, tak pasal2 rosak lens kang mampoih nak cari RM20k !!! pehhhh… sama rega keta 2nd-hand Peugeot 406 1997 yang aku pakai… huhuhu. So kita layan gambar yang mana ada 🙂

Nikon D90 | Tamron 17-50mm f2.8 | Nikkor 200-400mm f4 | Manfrotto monopod

Gambar2 selebihnya sepanjang perlawanan boleh dilihat di FLICKR macam biasa 🙂 Go Malaysia GO !!!

Advertisements

BOLASEPAK | TM LIGA PERDANA 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak ….

TM Liga Perdana 2010 [Felda FC vs ATM]

Berpeluang tag along bersama sahabat lama dari Perlis ke perlawanan TM Liga Perdana 2010 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras bulan lepas. Seronok sebab dapat berkongsi pengalaman bersama jurufoto akhbar Malaysia yang lain buat liputan. Walaupun perlawanan liga tempatan yang tak sehebat liga inggeris, pengalaman dapat snap gambar dari tepi garisan padang memang mengujakan. Memang sukar rupanya untuk shoot sport pantas ni, focusing kena laju, mata kena sentiasa alert dengan aksi2 yang menarik, leka skit je bleh terlepas moment2 yang best, Cuma bestnya tak yah pakai flash cam wedding, kekekkee.

Felda FC telahpun dinobatkan sebagai Juara Liga Perdana 2010, jadi perlawanan tersebut boleh dikatakan hanyalah sebagai pelengkap jadual. Team Felda FC akan bertanding dalam Liga Super pada musim depan, tahniah di atas kejuaraan, hadiah pun agak lumayan, RM200,000.00.

Berikut ada beberapa shots dari game tersebut, berbekalkan body D90 yang berkelajuan 4.5fps pada highspeed burst setting & bertemankan Nikkor 70-200mm f2.8 VR, ikhsan dari sahabat, Hafizudin aka Harummanis. Setting boost ISO3200, shutter sekitar 1/400-1/600 pada f2.8 aperture. Hasil panduan daripada Din,berikut adalah sedikit buah tangan untuk dikongsikan. Maaf jika masih banyak kekurangan untuk 1st-timer … Semua gambar dicrop & color corrected dengan software lightroom.

LAGI KOLEKSI GAMBAR DI SINI