Blog Archives

BE POSITIVE BUT STAY REALISTIC

Selamat Sejahtera,

Hari ini aku rasa nak menaip sikit, dah alang tak berapa nak sibuk awal pagi ni. “BE POSITIVE BUT STAY REALISTIC”. Aku suka ungkapan ni, ianya bermaksud kita mesti sentiasa berfikiran positif, tetapi dalam masa yang sama juga harus sentiasa berada di alam nyata. Positif itu memang bagus, tapi kena tahu di mana limit dan kemampuan sendiri. Kalau satu2 perkara tak mampu nak capai, jangan pula nak pikir positif je tapi usahanya takde, betul tak? 😉 Dan kalau kita mampu, jadi positif dan rebutlah peluang yang ada.

Pengalaman aku sendiri, ketika memula diminta oleh mentor aku untuk buat bengkel berkaitan stokfoto tahun lepas, perkara pertama yang terlintas di kepala aku adalah “layak ke aku nak buat bengkel ni? Bukannya orang kenal pun, ada ke orang yang nak join?” Tapi bila mentor aku cakap…. “berapa banyak income yang demo dapat tu bukan hal utama, tapi ilmu yang demo ada pasal stokfoto tu untuk demo kongsi dengan orang lain, ada dah konfem akan join nanti dan ambo pun akan ikut serta bengkel tu nanti” Bila seorang mentor yang aku memang salute hasil karyanya berkata gitu, baru datang semangat positif dalam fikiran. Seorang sahabat yang sama2 dalam stokfoto yang aku juga respek dengan galeri stokfotonya pun ada berkata pada aku… “ko jangan peduli sangat apa orang nak cakap, kalau ada permintaan, maknanya diorang nak belajar dengan ko, teruskan je”.

Aku amik kata2 diorang sebagai peransang. Alhamdulillah, dah 2 bengkel dibuat atas permintaan kawan2, pertama di Dungun, Terengganu dan kedua di Shah Alam, Selangor. Selain bengkel, ada juga kenalan yang minta buat personal coaching di rumah. Apa yang paling seronok, bila ada dikalangan sahabat yang join bengkel dah lulus exam dalam “Shutterstock Agency”. Rasa puas tak terhingga bila dah nampak hasil pada mereka yang betul2 serius nak cebur diri dalam bidang stokfoto, tahniah aku ucapkan. Pada yang belum mula untuk amik exam tu, aku harap diorang akan cepat2 berusaha untuk submit secepat yang mungkin. Kalau tak dipecahkan ruyungnya, manakan dapat nak makan sagu tu. 😀

Di kala nilai ringgit menjunam, GST kini mengetuk poket dan dompet, kiri kanan rasa terhimpit. Nak berkebun bercucuk tanam macam pak menteri cakap dan tentu mustahil, tanah pun takde. Jadi dengan menyibukkan diri dalam stokfoto lah cara aku “berkebun”. At least dapat tambah sikit pendapatan, lagipun dah minat dengan fotografi, cuma hobi di jadikan sumber pendapatan sampingan. Takde rasa tekanan, takde rasa bebanan, buat perkara yang aku minat dalam masa yang sama dapat tambah gaji sendiri. Pokok pangkalnya…. BE POSITIVE 🙂

So… join me if you want, bercucuk tanam di alam maya. Anda buat, anda dapat.

KLIK SAJA DI SINI

P/S : Nak join stokfoto terutamanya Shutterstock, pun kena belajar aspek teknikal dan fahami selok beloknya, kalau main redah je jangan kecewa kalau exam asyik sangkut plak 😉